Segala pujian kehadrat Ilahi Tuhan sekalian
Alam, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga &
para sahabat Baginda. Setelah perbincangan dibuat dengan CEO & Ahli Lembaga
Pengarah, serta dilakukan semakan terhadap struktur pemasaran yang dicadangkan
oleh AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC), sekadar kemampuan
saya, hasilnya adalah seperti berikut:-
1. Apakah
barang/perkhidmatan yang menjadi teras perniagaan?
Barangan/perkhidmatan berbentuk perkhidmatan
Umrah Kembara Sufi (Pakej Standard serendah RM5,500) dan Umrah Kembara Sufi
(Pakej Eksklusif serendah RM6,500). Selain itu juga pihak AMTC ada juga menjual
produk-produk yang berkaitan ibadah seperti Pen Quran, Jam Azan
Digital, e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku
Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya.
Pandangan Syara’:
Kontrak yang digunapakai dalam transaksi ini
ialah kontrak jual beli(‘aqd al-Bai’) di mana barangan/perkhidmatan yang
diniagakan adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.
2. Menjadi
Wakil Syarikat
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam
yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang
ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti
berikut:-
a. Pakej
Raudhah (RM100.00)
b. Pakej
Ka’abah (RM1,700.00)
Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai
dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah).
Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi
pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan
sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi
lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan
berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu
kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan
suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji
(al-Ja’il) iaitu AMTC.
3. Keistimewaan
setiap Pakej
a. Pakej
Raudhah (RM100.00)
-Layak menjadi wakil Raudhah
syarikat AMTC
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari
yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum
pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah/komisyen untuk setiap wakil Raudhah
yang diperkenalkan ialah RM20.00
Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang
diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau Pakej Umrah Kembara Sufi
ialah RM200.00
b. Pakej
Ka’abah (RM1,700.00)
-Layak menjadi wakil Kaabah syarikat AMTC
-Layak untuk mendapat perlindungan P.A
(Personal Accident Takaful) bernilai RM20K untuk tahun pertama sahaja (untuk
tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin
meneruskan sendiri atau tidak)
-Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk
menghadiri kursus Konsultan.
-Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif
untuk Umrah Kembara Sufi
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari
yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum
pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah untuk setiap wakil Raudhah yang
diperkenalkan ialah RM20.00
-Ujrah untuk setiap wakil Kaabah yang
diperkenalkan ialah RM700)
-Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej
Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.00.
Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai
dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah).
Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi
pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan
sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi
lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan
berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu
kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan
suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji
(al-Ja’il) iaitu AMTC.
4. Cara
untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC
Sebagai calon-calon tetamu Allah, setiap
daripada wakil/jemaah mempunyai pilihan untuk melunaskan bayaran untuk
mengerjakan Umrah bersama AMTC @ MARLI TRAVEL melalui 3 kaedah:-
i. Pilihan
bayaran secara TUNAI.
Jika berkemampuan calon jemaah boleh terus
memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran secara TUNAI seperti
yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. (Keterangan lanjut boleh
berhubung dengan pihak syarikat)
ii. Pilihan
bayaran secara ANSURAN.
Dengan kaedah ini, calon jemaah
boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran
pendahuluan (booking) seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain.
Bakinya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan mengikut persetujuan,
tetapi bayaran penuh perlulah dijelaskan 2 bulan sebelum penerbangan.
*Cadangan: Sekiranya kita memulakan
tabungan sendiri RM100 setiap bulan secara konsisten, insyaAllah dalam masa 5
tahun kita akan mampu pergi menunaikan Umrah bersama AMTC.
iii. Pilihan
bayaran secara SBK.
Dengan kaedah Silaturrahim, Berjemaah
& Khusyuk, calon jemaah yang mempunyai impian untuk ke Tanah
Suci tetapi kurang berkemampuan, boleh membuat pendaftaran sebagai Wakil Kaabah
AMTC sebanyak RM1,700.00 (dengan faedah-faedah yang khusus). Wakil tersebut boleh
mula memperkenalkan calon jemaah / wakil baru yang berdaftar dengan AMTC
melalui program-program prebiu yang dianjurkan diseluruh negara.
Syarikat akan membayar Ujrah kepada Wakil,
dan ujrah tersebutlah yang akan digunakan untuk tabungan Umrah. Manakala,
lebihan komisyen tersebut (setelah tabungan Umrah penuh) adalah merupakan
pendapatan tambahan wakil tersebut.
5. Apakah
syarikat travel berlesen yang digunapakai oleh AMTC?
Setakat hari ini, syarikat AMTC mempunyai 2
platform syarikat pelancongan yang akan menguruskan jemaah iaitu Muhammadiyah
Travel & Tours S/B & MARLI Travel & Tours S/B sebagai penyedia
perkhidmatan (ground) di Mekah & Madinah yang mempunyai lessen pelancongan
Inbound, Outbound & Ticketing.
6. Isu-Isu
Perniagaan & Soalan-Soalan Lazim
a. Apakah
Kontrak Asas yang digunapakai oleh Syarikat AMTC?
Jawapan: Kontrak yang digunapakai ialah
kontrak al-Wakalah.
Pandangan Syara’:
Dengan tidak mengenepikan kontrak-kontrak
yang lain di dalam pelaksanaan keseluruhan program AMTC ini, kontrak asas yang
menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan program ini ialah kontrak al-Wakalah.
Kontrak al-Wakalah ialah kontrak yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil)
untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-Muwakkil).
b. Kelayakan
untuk menjadi Wakil AMTC?
Jawapan: Semua umat Islam yang berminat boleh
menjadi wakil AMTC dengan syarat telah membayar sekurang-kurangnya RM100 (Pakej
Raudhah) dan menghadiri Kursus SBK.
c. Apakah
kelayakan untuk menjadi Konsultan AMTC?
Jawapan: Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC
ialah telah membayar yuran sebagai Wakil RM1,700 dan telah menghadiri Kursus
SBK. Bagi yang telah membayar RM100, mereka hanya perlu menambah baki lagi
RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk mendapat faedah-faedah yang ditawarkan sebagai
Wakil
d. Apakah
faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC?
Jawapan: (sila rujuk lampiran faedah-faedah
sebagai Konsultan AMTC)
e. Berapakah
jemaah yang perlu diSilaturrahimkan untuk membolehkan seseorang Wakil itu
mendapat Umrah secara PERCUMA?
Jawapan: Ianya bergantung pada harga pakej
mengikut musim-musim yang berbeza. Andaikata pakej yang ditawarkan ialah
RM6,500, maka para Wakil hanya perlu memperkenalkan seramai 7 jemaah/wakil
sahaja. Walaubagaimanapun, syarikat tidak menghadkan berapa ramai yang perlu
diperkenalkan, ianya bergantung pada usaha masing-masing.
f. Apakah
fungsi Baucer bernilai RM1,600 yang dihadiahkan oleh Syarikat?
Jawapan: Baucer tersebut tiada had masa dan
merupakan baucer diskaun Umrah Kembara Sufi Eksklusif yang boleh ditukarkan
pada bila-bila masa. Baucer ini tidak boleh ditunaikan, dan hanya sah
ditukarkan kepada AMTC@MARLI Travel sahaja
g. Berapakah
ujrah untuk setiap wakil (pakej Raudhah) yang diperkenalkan?
Jawapan: RM20.00. Apabila mereka upgrade
untuk bayaran penuh sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,600, maka baki Ujrah lagi
RM680.00 akan dibayar
h. Bilakah
Ujrah Wakil dibayar?
Jawapan: Ujrah akan dibayar mengikut jadual
berikut:-
1. Setiap
pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 1hb-15hb, maka Ujrah akan
dibayar pada 22hb pada bulan yang sama.
2. Setiap
pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 16hb-31hb, maka Ujrah akan
dibayar pada 8hb pada bulan berikutnya.
i. Apakah
kelayakan menjadi Mutawwif Syarikat?
Jawapan: Kelayakan seorang Mutawwif ialah
mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta
perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat. Syarat-syarat
asas yang diperlukan ialah:-
i. Asas Bahasa Arab
yang baik
ii. Kebolehan dalam
kepimpinan dan pengurusan jemaah
iii. Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal
berkaitan ibadah Umrah/ Haji
j. Apakah
perbezaan di antara Pakej Umrah Kembara Sufi (Standard) dengan Pakej Umrah
Kembara Sufi (Eksklusif)?
Jawapan: (sila rujuk lampiran
perbezaan pakej tersebut)
k. Apakah
borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Raudhah) ?
Jawapan: Borang sementara (yang dipotostat)
l. Apakah
borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Kaabah)?
Jawapan: Borang pendaftaran original (3
Salinan) serta borang Khidmat Konsultan (2 Salinan)
m. Apakah
syarat-syarat menjadi Servis Centre AMTC?
Jawapan: Kelayakan menjadi Servis Centre
AMTC ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan
Syarikat. Keistimewaan sebagai Servis Centre AMTC akan dihuraikan dalam Kursus
Konsultan
n. Apakah
keistimewaan-keistimewaan lain sebagai Wakil AMTC?
Jawapan: Selain dari pakej Umrah, para Wakil
juga boleh mempromosikan pakej produk-produk yang lain dengan tawaran harga
istimewa seperti Pen al-Quran, Jam Azan Digital, e-Mutawwif, Minyak
Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan
sebagainya.
Selain itu juga Syarikat telah mewujudkan
unit-unit khas seperti Unit Pengurusan Haji & Badal Haji, Unit Pengurusan
Waqaf, Unit Pengurusan Qurban Aqiqah dan sebagainya dimana para wakil yang
berminat juga boleh melibatkan diri serta mendapat manfaat ujrah sebagai Wakil.
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN HAZMAN
HAMZAH-017-3012385
HAMZAH SAMSUDIN 019-5698179/
014-3404085
0108731755 /01136011459
ReplyDelete0108731755 /01136011459
ReplyDelete