Monday, January 5, 2015

Isu-isu Serta Penilaian Hukum Syariah Bagi Struktur & Strategi Pemasaran Syarikat Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC)

Segala pujian kehadrat Ilahi Tuhan sekalian Alam, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga & para sahabat Baginda. Setelah perbincangan dibuat dengan CEO & Ahli Lembaga Pengarah, serta dilakukan semakan terhadap struktur pemasaran yang dicadangkan oleh AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC), sekadar kemampuan saya, hasilnya adalah seperti berikut:-
1.     Apakah barang/perkhidmatan yang menjadi teras perniagaan?
                        
Barangan/perkhidmatan berbentuk perkhidmatan Umrah Kembara Sufi (Pakej Standard serendah RM5,500) dan Umrah Kembara Sufi (Pakej Eksklusif serendah RM6,500). Selain itu juga pihak AMTC ada juga menjual produk-produk yang berkaitan ibadah seperti Pen Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya.

Pandangan Syara’:
Kontrak yang digunapakai dalam transaksi ini ialah kontrak jual beli(‘aqd al-Bai’) di mana barangan/perkhidmatan yang diniagakan adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.

2.     Menjadi Wakil Syarikat
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-
a.      Pakej Raudhah               (RM100.00)
b.      Pakej Ka’abah                 (RM1,700.00)


Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

3.     Keistimewaan setiap Pakej

a.      Pakej Raudhah (RM100.00)
-Layak menjadi wakil  Raudhah syarikat AMTC
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah/komisyen untuk setiap wakil  Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00

Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.00

b.      Pakej Ka’abah (RM1,700.00)
-Layak menjadi wakil Kaabah syarikat AMTC
-Layak untuk mendapat perlindungan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20K untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
-Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan.
-Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah untuk setiap wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
-Ujrah untuk setiap wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700)
-Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.00.
Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

4.     Cara untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC

Sebagai calon-calon tetamu Allah, setiap daripada wakil/jemaah mempunyai pilihan untuk melunaskan bayaran untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC @ MARLI TRAVEL melalui 3 kaedah:-

i.                    Pilihan bayaran secara TUNAI.

Jika berkemampuan calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran secara TUNAI seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. (Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak syarikat)

ii.                  Pilihan bayaran secara ANSURAN.

Dengan kaedah ini,  calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran pendahuluan (booking) seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. Bakinya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan mengikut persetujuan, tetapi bayaran penuh perlulah dijelaskan 2 bulan sebelum penerbangan.

*Cadangan: Sekiranya kita memulakan tabungan sendiri RM100 setiap bulan secara konsisten, insyaAllah dalam masa 5 tahun kita akan mampu pergi menunaikan Umrah bersama AMTC.



iii.                Pilihan bayaran secara SBK.

Dengan kaedah Silaturrahim, Berjemaah & Khusyuk,  calon jemaah yang mempunyai impian untuk ke Tanah Suci tetapi kurang berkemampuan, boleh membuat pendaftaran sebagai Wakil Kaabah AMTC sebanyak RM1,700.00 (dengan faedah-faedah yang khusus). Wakil tersebut boleh mula memperkenalkan calon jemaah / wakil baru yang berdaftar dengan AMTC melalui program-program prebiu yang dianjurkan diseluruh negara.

Syarikat akan membayar Ujrah kepada Wakil, dan ujrah tersebutlah yang akan digunakan untuk tabungan Umrah. Manakala, lebihan komisyen tersebut (setelah tabungan Umrah penuh) adalah merupakan pendapatan tambahan wakil tersebut.

5.     Apakah syarikat travel berlesen yang digunapakai oleh AMTC?

Setakat hari ini, syarikat AMTC mempunyai 2 platform syarikat pelancongan yang akan menguruskan jemaah iaitu Muhammadiyah Travel & Tours S/B & MARLI Travel & Tours S/B sebagai penyedia perkhidmatan (ground) di Mekah & Madinah yang mempunyai lessen pelancongan Inbound, Outbound & Ticketing.

6.     Isu-Isu Perniagaan & Soalan-Soalan Lazim

a.      Apakah Kontrak Asas yang digunapakai oleh Syarikat AMTC?

Jawapan: Kontrak yang digunapakai ialah kontrak al-Wakalah.

Pandangan Syara’:
Dengan tidak mengenepikan kontrak-kontrak yang lain di dalam pelaksanaan keseluruhan program AMTC ini, kontrak asas yang menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan program ini ialah kontrak al-Wakalah. Kontrak al-Wakalah ialah kontrak yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-Muwakkil).

b.      Kelayakan untuk menjadi Wakil AMTC?
Jawapan: Semua umat Islam yang berminat boleh menjadi wakil AMTC dengan syarat telah membayar sekurang-kurangnya RM100 (Pakej Raudhah) dan menghadiri Kursus SBK.
c.       Apakah kelayakan untuk menjadi Konsultan AMTC?
Jawapan: Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC ialah telah membayar yuran sebagai Wakil RM1,700 dan telah menghadiri Kursus SBK. Bagi yang telah membayar RM100, mereka hanya perlu menambah baki lagi RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk mendapat faedah-faedah yang ditawarkan sebagai Wakil

d.      Apakah faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC?
Jawapan: (sila rujuk lampiran faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC)

e.      Berapakah jemaah yang perlu diSilaturrahimkan untuk membolehkan seseorang Wakil itu mendapat Umrah secara PERCUMA?
Jawapan: Ianya bergantung pada harga pakej mengikut musim-musim yang berbeza. Andaikata pakej yang ditawarkan ialah RM6,500, maka para Wakil hanya perlu memperkenalkan seramai 7 jemaah/wakil sahaja. Walaubagaimanapun, syarikat tidak menghadkan berapa ramai yang perlu diperkenalkan, ianya bergantung pada usaha masing-masing.

f.        Apakah fungsi Baucer bernilai RM1,600 yang dihadiahkan oleh Syarikat?
Jawapan: Baucer tersebut tiada had masa dan merupakan baucer diskaun Umrah Kembara Sufi Eksklusif yang boleh ditukarkan pada bila-bila masa. Baucer ini tidak boleh ditunaikan, dan hanya sah ditukarkan kepada AMTC@MARLI Travel sahaja

g.      Berapakah ujrah untuk setiap wakil (pakej Raudhah) yang diperkenalkan?
Jawapan: RM20.00. Apabila mereka upgrade untuk bayaran penuh sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,600, maka baki Ujrah lagi RM680.00 akan dibayar

h.      Bilakah Ujrah Wakil dibayar?
Jawapan: Ujrah akan dibayar mengikut jadual berikut:-

1.      Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 1hb-15hb, maka Ujrah akan dibayar pada 22hb pada bulan yang sama.
2.      Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 16hb-31hb, maka Ujrah akan dibayar pada 8hb pada bulan berikutnya.


i.        Apakah kelayakan menjadi Mutawwif Syarikat?
Jawapan: Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat. Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-

i.    Asas Bahasa Arab yang baik
ii.   Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
iii. Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji

j.        Apakah perbezaan di antara Pakej Umrah Kembara Sufi (Standard) dengan Pakej Umrah Kembara Sufi (Eksklusif)?
Jawapan:  (sila rujuk lampiran perbezaan pakej tersebut)

k.      Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Raudhah) ?
Jawapan: Borang sementara (yang dipotostat)

l.        Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Kaabah)?
Jawapan: Borang pendaftaran original (3 Salinan) serta borang Khidmat Konsultan (2 Salinan)

m.    Apakah syarat-syarat menjadi Servis Centre AMTC?
Jawapan: Kelayakan menjadi Servis Centre AMTC ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat. Keistimewaan sebagai Servis Centre AMTC akan dihuraikan dalam Kursus Konsultan

n.      Apakah keistimewaan-keistimewaan lain sebagai Wakil AMTC?
Jawapan: Selain dari pakej Umrah, para Wakil juga boleh mempromosikan pakej produk-produk yang lain dengan tawaran harga istimewa seperti Pen al-Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya.

Selain itu juga Syarikat telah mewujudkan unit-unit khas seperti Unit Pengurusan Haji & Badal Haji, Unit Pengurusan Waqaf, Unit Pengurusan Qurban Aqiqah dan sebagainya dimana para wakil yang berminat juga boleh melibatkan diri serta mendapat manfaat ujrah sebagai Wakil.


JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN HAZMAN HAMZAH-017-3012385

HAMZAH SAMSUDIN 019-5698179/ 014-3404085

2 comments: