Tuesday, January 6, 2015

Pengedar Tetikus Pengimbas

Kami dari Sinar E-man Enterprise, ingin mengajak anda untuk menjadi Pengedar Tetikus Pengimbas (Mouse Scanner)  ini merupakan  yang terbaru & terkini. Mouse Scanner  serta memudahkan lagi cara pengimbasan.

Pengedar Sabah, Sarawak, Brunei & Indonesia amat dialu-alukan.

Jika anda berminat untuk menjadi Pengedar , kami menawarkan harga istimewa kepada anda. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut :
 
SMS/Telefon: 0173012385/0143404085/01136011459
Website: sinareman@yahoo.com /sinaremanenterprise.blogspot.com

                   Facebook.com

Bagaimana Mengimbas Imej atau Teks Menggunakan Tetikus Myscan

Sama ada Anda Pernah Gunakan Mesin Pengimbas Atau Tidak, Tetikus Pengimbas 
(Scanning Mouse) Pertama Di Malaysia Ini 
Mungkin Akan Menjadi Milik Anda




Memperkenalkan produk terbaru dalam pasaran ... tetikus pengimbas Myscan (scanning mouse) yang merupakan tetikus 2 dalam 1. Ia berfungsi sebagai tetikus dan juga pengimbas. Ia menggunakan teknologi Swiss terkini yang canggih dan cara penggunaannya sangat mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Kenapa anda perlu menggunakan tetikus pengimbas Myscan?
- 'Myscan' sangat mudah dipasang dan boleh dioperasikan dengan cepat
- Berbanding mesin pengimbas biasa ianya senang dan mudah dibawa kemana-mana
- Cukup mudah digunakan hanya dengan 3 langkah: Klik, Imbas dan Simpan/Kongsi terus dari meja anda
- Kualiti imbasan yang tinggi dengan resolusi 400 dpi
- Gambar yang diimbas boleh diedit warna, kecerahan, saiz dan sebagainya
- Boleh juga mengimbas teks dengan fungsi OCR (Optical Character Recognition), terus salin dan edit di dalam perisian kegemaran anda seperti Microsoft Word, Excel dan sebagainya tanpa perlu menaip semula dokumen
- Teks yang diimbas boleh terus disalin ke Google Translate dan boleh diterjemahkan ke dalam 71 bahasa
- Dokumen yang diimbas boleh terus dikongsi di laman sosial Facebook, Twitter dan sebagainya
- Mengimbas dokumen sehingga saiz A3
Boleh digunakan sebagai QR code reader
- Sangat sesuai digunakan oleh pelajar, guru, ibubapa, pensyarah, pereka grafik dan sebagainya

Sekiranya anda mempunyai anak yang masih bersekolah, tetikus Myscan sangat membantu dalam menyiapkan kerja sekolah anak-anak anda. Tidak perlu lagi ke kedai fotostat, hanya imbas dan cetak gambar/teks yang diperlukan dan anak anda boleh lekatkan di dalam buku latihan, laporan dan sebagainya.
        

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga dan demonstrasiPERCUMA (Kedah/Perlis Sahaja):
  SMS/Telefon: 0173012385/0143404085/01136011459
  Website: sinareman@gmail.com /sinaremanenterprise.blogspot.com
                   Facebook.com/SINAREMANENTERPRISE

Tetikus Myscan


SHAH ALAM – Heart Base Sdn Bhd (Heart Base) menyasarkan jualan produk barunya, pengimbas tetikus jenama Myscan sebanyak RM3.9 bilion di lapan negara termasuk Malaysia dalam tempoh dua tahun selepas dilancarkan, sebulan lalu.
           Pengarah Urusan Heart Base, Nik Mohd Iskandar Nik Hassan berkata, tetikus itu mempunyai fungsi pengimbas gambar, graf, carta dan teks.
          “Ia bukan saja berfungsi sebagai pengimbas, tetapi objek yang diimbas boleh disalin semula dalam perisian komputer seperti Microsoft Word, JPEG, PNG, Microsoft Excel dan sebagainya.
          “Hasil imbasan teks juga boleh disunting dan diterjemah menerusi Google Translate. Ia seperti tetikus lain yang tidak perlukan pengecas, sebaliknya pengguna hanya perlu 'cucuk' terus ke komputer atau laptop,” katanya.
           Menurutnya, walaupun tetikus itu kecil, ketepatan imbasan adalah jauh lebih baik daripada alat pengimbas lebih besar.
           “Tahap ketepatan imbasannya ialah 99 peratus. Objek yang diimbas juga kelihatan lebih jelas,” katanya.
            Nik Mohd Iskandar berkata, bagi merealisasikan sasaran jualan itu, syarikatnya memerlukan kira-kira 30 hingga 40 pengedar untuk mengedarkan produk berkenaan di pasaran memandangkan Myscan tidak dijual di kedai seperti kebiasaan.
           “Setakat ini, kami ada sembilan pengedar antaranya di Pulau Pinang, Terengganu dan sekitar Lembah Klang.
           “Sekiranya mereka berminat untuk menjadi pengedar, mereka perlu menempah sebanyak 250 unit dengan harga sekitar RM60,000. Bagi yang tidak ada modal yang cukup, syarikat kami juga bekerjasama dengan bank. Pihak bank boleh beri pinjaman modal sehingga RM50,000,” katanya.
            Beliau juga yakin mampu mengembangkan pemasaran produk keluaran syarikat Dacuda AG yang berpangkalan di Zurich, Switzerland itu memandangkan Heart Base merupakan antara lima syarikat di dunia yang dilantik untuk memasarkan Myscan.
            Katanya, sebelum Myscan dilancarkan, syarikat itu menjalankan kajian pemasaran melibatkan pelajar, institusi kewangan, ejen insurans dan golongan eksekutif selama empat bulan.
            “Melalui kajian pemasaran kami, ramai menyambut baik produk ini. Kami yakin permintaan Myscan sangat tinggi sebab di Malaysia saja, kita ada 17.7 juta rakyat Malaysia merupakan pengguna internet dan di lapan negara yang kami tembusi, terdapat 123 juta pengguna.
            “Setakat tiga minggu selepas  jualan tetikus Myscan ini dimulakan, sebanyak 5,000 unit sudah terjual,” tambahnya.



HQ:  No-1-3 Blok Damai,Jln Tago 18,
         Taman Wangsa Aman,52200.KL

2nd: No 4, Wakaf Bazar Rakyat, Masjid Azizian, Batu 10,
        36400 Hutan Melintang, Perak.

Monday, January 5, 2015

Homestay Desa Chemor Sejahtera, Ipoh












Isu-isu Serta Penilaian Hukum Syariah Bagi Struktur & Strategi Pemasaran Syarikat Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC)

Segala pujian kehadrat Ilahi Tuhan sekalian Alam, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga & para sahabat Baginda. Setelah perbincangan dibuat dengan CEO & Ahli Lembaga Pengarah, serta dilakukan semakan terhadap struktur pemasaran yang dicadangkan oleh AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC), sekadar kemampuan saya, hasilnya adalah seperti berikut:-
1.     Apakah barang/perkhidmatan yang menjadi teras perniagaan?
                        
Barangan/perkhidmatan berbentuk perkhidmatan Umrah Kembara Sufi (Pakej Standard serendah RM5,500) dan Umrah Kembara Sufi (Pakej Eksklusif serendah RM6,500). Selain itu juga pihak AMTC ada juga menjual produk-produk yang berkaitan ibadah seperti Pen Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya.

Pandangan Syara’:
Kontrak yang digunapakai dalam transaksi ini ialah kontrak jual beli(‘aqd al-Bai’) di mana barangan/perkhidmatan yang diniagakan adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.

2.     Menjadi Wakil Syarikat
AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi wakil syarikat bagi mempromosikan pakej Umrah yang ditawarkan oleh MARLI Travel & Tours Sdn. Bhd. Pakej Wakil adalah seperti berikut:-
a.      Pakej Raudhah               (RM100.00)
b.      Pakej Ka’abah                 (RM1,700.00)


Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

3.     Keistimewaan setiap Pakej

a.      Pakej Raudhah (RM100.00)
-Layak menjadi wakil  Raudhah syarikat AMTC
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah/komisyen untuk setiap wakil  Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00

Ujrah/komisyen untuk setiap wakil yang diperkenalkan yang membayar pakej Ka’abah RM1,700 atau Pakej Umrah Kembara Sufi ialah RM200.00

b.      Pakej Ka’abah (RM1,700.00)
-Layak menjadi wakil Kaabah syarikat AMTC
-Layak untuk mendapat perlindungan P.A (Personal Accident Takaful) bernilai RM20K untuk tahun pertama sahaja (untuk tahun yang berikutnya, wakil mempunyai pilihan bayaran sendiri samada ingin meneruskan sendiri atau tidak)
-Mendapat Baucer bernilai RM100 untuk menghadiri kursus Konsultan.
-Berpeluang menjadi Konsultan & Mutawwif untuk Umrah Kembara Sufi
-Layak untuk menghadiri kursus setengah hari yang dinamakan SBK (Silaturrahim, Berjemaah, Khusu’)
-Kursus termasuk profail syarikat, minum pagi, makan tengahari dan sijil kehadiran
-Ujrah untuk setiap wakil Raudhah yang diperkenalkan ialah RM20.00
-Ujrah untuk setiap wakil Kaabah yang diperkenalkan ialah RM700)
-Ujrah untuk setiap pendaftaran tunai pakej Kembara Sufi Eksklusif RM6,500 ialah RM700.00.
Pandangan Syara’:
Dalam hal ini, kontrak yang termeterai dinamakan kontrak al-Wakalah bi Ujr (Wakil atau Ejen dengan Upah). Kontrak ini memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberikan kuasa (al-Muwakkil). Dalam konteks ini, AMTC berperanan sebagai al-Muwakkil akan membayar komisyen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila wakil tersebut mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-Ju’alah. Kontrak al-Ju’alah ialah suatu kontrak yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji (al-Ja’il) iaitu AMTC.

4.     Cara untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC

Sebagai calon-calon tetamu Allah, setiap daripada wakil/jemaah mempunyai pilihan untuk melunaskan bayaran untuk mengerjakan Umrah bersama AMTC @ MARLI TRAVEL melalui 3 kaedah:-

i.                    Pilihan bayaran secara TUNAI.

Jika berkemampuan calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran secara TUNAI seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. (Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak syarikat)

ii.                  Pilihan bayaran secara ANSURAN.

Dengan kaedah ini,  calon jemaah boleh terus memilih pakej dan tarikh penerbangan serta membuat bayaran pendahuluan (booking) seperti yang diamalkan oleh syarikat travel yang lain. Bakinya boleh dilunaskan secara ansuran setiap bulan mengikut persetujuan, tetapi bayaran penuh perlulah dijelaskan 2 bulan sebelum penerbangan.

*Cadangan: Sekiranya kita memulakan tabungan sendiri RM100 setiap bulan secara konsisten, insyaAllah dalam masa 5 tahun kita akan mampu pergi menunaikan Umrah bersama AMTC.



iii.                Pilihan bayaran secara SBK.

Dengan kaedah Silaturrahim, Berjemaah & Khusyuk,  calon jemaah yang mempunyai impian untuk ke Tanah Suci tetapi kurang berkemampuan, boleh membuat pendaftaran sebagai Wakil Kaabah AMTC sebanyak RM1,700.00 (dengan faedah-faedah yang khusus). Wakil tersebut boleh mula memperkenalkan calon jemaah / wakil baru yang berdaftar dengan AMTC melalui program-program prebiu yang dianjurkan diseluruh negara.

Syarikat akan membayar Ujrah kepada Wakil, dan ujrah tersebutlah yang akan digunakan untuk tabungan Umrah. Manakala, lebihan komisyen tersebut (setelah tabungan Umrah penuh) adalah merupakan pendapatan tambahan wakil tersebut.

5.     Apakah syarikat travel berlesen yang digunapakai oleh AMTC?

Setakat hari ini, syarikat AMTC mempunyai 2 platform syarikat pelancongan yang akan menguruskan jemaah iaitu Muhammadiyah Travel & Tours S/B & MARLI Travel & Tours S/B sebagai penyedia perkhidmatan (ground) di Mekah & Madinah yang mempunyai lessen pelancongan Inbound, Outbound & Ticketing.

6.     Isu-Isu Perniagaan & Soalan-Soalan Lazim

a.      Apakah Kontrak Asas yang digunapakai oleh Syarikat AMTC?

Jawapan: Kontrak yang digunapakai ialah kontrak al-Wakalah.

Pandangan Syara’:
Dengan tidak mengenepikan kontrak-kontrak yang lain di dalam pelaksanaan keseluruhan program AMTC ini, kontrak asas yang menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan program ini ialah kontrak al-Wakalah. Kontrak al-Wakalah ialah kontrak yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-Muwakkil).

b.      Kelayakan untuk menjadi Wakil AMTC?
Jawapan: Semua umat Islam yang berminat boleh menjadi wakil AMTC dengan syarat telah membayar sekurang-kurangnya RM100 (Pakej Raudhah) dan menghadiri Kursus SBK.
c.       Apakah kelayakan untuk menjadi Konsultan AMTC?
Jawapan: Syarat untuk menjadi Konsultan AMTC ialah telah membayar yuran sebagai Wakil RM1,700 dan telah menghadiri Kursus SBK. Bagi yang telah membayar RM100, mereka hanya perlu menambah baki lagi RM1,600 (tiada tempoh had masa) untuk mendapat faedah-faedah yang ditawarkan sebagai Wakil

d.      Apakah faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC?
Jawapan: (sila rujuk lampiran faedah-faedah sebagai Konsultan AMTC)

e.      Berapakah jemaah yang perlu diSilaturrahimkan untuk membolehkan seseorang Wakil itu mendapat Umrah secara PERCUMA?
Jawapan: Ianya bergantung pada harga pakej mengikut musim-musim yang berbeza. Andaikata pakej yang ditawarkan ialah RM6,500, maka para Wakil hanya perlu memperkenalkan seramai 7 jemaah/wakil sahaja. Walaubagaimanapun, syarikat tidak menghadkan berapa ramai yang perlu diperkenalkan, ianya bergantung pada usaha masing-masing.

f.        Apakah fungsi Baucer bernilai RM1,600 yang dihadiahkan oleh Syarikat?
Jawapan: Baucer tersebut tiada had masa dan merupakan baucer diskaun Umrah Kembara Sufi Eksklusif yang boleh ditukarkan pada bila-bila masa. Baucer ini tidak boleh ditunaikan, dan hanya sah ditukarkan kepada AMTC@MARLI Travel sahaja

g.      Berapakah ujrah untuk setiap wakil (pakej Raudhah) yang diperkenalkan?
Jawapan: RM20.00. Apabila mereka upgrade untuk bayaran penuh sebagai Wakil Kaabah sebanyak RM1,600, maka baki Ujrah lagi RM680.00 akan dibayar

h.      Bilakah Ujrah Wakil dibayar?
Jawapan: Ujrah akan dibayar mengikut jadual berikut:-

1.      Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 1hb-15hb, maka Ujrah akan dibayar pada 22hb pada bulan yang sama.
2.      Setiap pendaftaran Wakil / Calon Jemaah yang berlaku pada 16hb-31hb, maka Ujrah akan dibayar pada 8hb pada bulan berikutnya.


i.        Apakah kelayakan menjadi Mutawwif Syarikat?
Jawapan: Kelayakan seorang Mutawwif ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat, serta perlu menghadiri Kursus Mutawwif yang dianjurkan oleh Syarikat. Syarat-syarat asas yang diperlukan ialah:-

i.    Asas Bahasa Arab yang baik
ii.   Kebolehan dalam kepimpinan dan pengurusan jemaah
iii. Mahir dalam aspek sejarah khususnya hal berkaitan ibadah Umrah/ Haji

j.        Apakah perbezaan di antara Pakej Umrah Kembara Sufi (Standard) dengan Pakej Umrah Kembara Sufi (Eksklusif)?
Jawapan:  (sila rujuk lampiran perbezaan pakej tersebut)

k.      Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Raudhah) ?
Jawapan: Borang sementara (yang dipotostat)

l.        Apakah borang yang diperlukan untuk pendaftaran seorang Wakil (pakej Kaabah)?
Jawapan: Borang pendaftaran original (3 Salinan) serta borang Khidmat Konsultan (2 Salinan)

m.    Apakah syarat-syarat menjadi Servis Centre AMTC?
Jawapan: Kelayakan menjadi Servis Centre AMTC ialah mereka yang telah melalui proses sebagai Wakil dan Konsultan Syarikat. Keistimewaan sebagai Servis Centre AMTC akan dihuraikan dalam Kursus Konsultan

n.      Apakah keistimewaan-keistimewaan lain sebagai Wakil AMTC?
Jawapan: Selain dari pakej Umrah, para Wakil juga boleh mempromosikan pakej produk-produk yang lain dengan tawaran harga istimewa seperti Pen al-Quran, Jam Azan Digital,  e-Mutawwif, Minyak Wangi Kasturi, Jam Waktu Solat, Buku Penawar & Penyucian Jiwa, DVD dan sebagainya.

Selain itu juga Syarikat telah mewujudkan unit-unit khas seperti Unit Pengurusan Haji & Badal Haji, Unit Pengurusan Waqaf, Unit Pengurusan Qurban Aqiqah dan sebagainya dimana para wakil yang berminat juga boleh melibatkan diri serta mendapat manfaat ujrah sebagai Wakil.


JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI DI TALIAN HAZMAN HAMZAH-017-3012385

HAMZAH SAMSUDIN 019-5698179/ 014-3404085

Umrah Kembara Sufi

Akhil Network menganjurkan Pakej Umrah lengkap dengan kos yang kompetitif. Pakej lengkap ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Akhil Network dengan kerjasama  Muhammadyah  Travel & Tours Sdn Bhd yang berpengalaman lebih 15 tahun didalam pengurusan jemaah umrah ke Tanah Suci Makkah.

Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

PAKEJ YANG DISEDIAKAN

·                     Harga Pakej "ALL IN" termasuk cukai dan insuran perjalanan.
·                     Penginapan Hotel di Makkah dan Madinah
·                     Lawatan Makkah dan Madinah dengan Mutawif yang berpengalaman
·                     Tiket Penerbangan MAS pergi dan balik.
·                     Visa Umrah
·                     Makan di Makkah - Madinah
·                     Tazkirah dan Pengisian Di Tanah Suci
·                     Kursus Umrah PERCUMA. Dibimbing oleh Al-Fadhil Ust Hj Abd Kahar (18 Tahun pengalaman di Lembaga Tabung Haji)
·                     Ketua Rombongan: Dato’ Hj Mohamed Zain Bin Zakaria (15 tahun pengalaman)
·                     Tambahan RM500 seorang untuk penginapan 2 orang sebilik & RM300 untuk 3 orang sebilik


UMRAH KEMBARA SUFI PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI ATURCARA PERJALANAN 13H 11M
HARI 01 :
KUL - JEDDAH - MADINAH - Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk jemaah akan bertolak ke Jeddah. Penerbangan tiba di Jeddah. Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Tiba di Madinah pendaftaran masuk hotel.

HARI 02 :
MADINAH - Aktiviti bebas.

HARI 03 :
MADINAH - Selepas sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba' iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh, Ladang kurma dan Pasar Kurma untuk membeli belah.

HARI 04 :
MADINAH - MAKKAH - Selepas makan tengahari, bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah. Tiba di Makkah, pendaftaran masuk hotel, jemaah akan mengerjakan umrah.

HARI 05 :
MAKKAH - Aktiviti bebas

HARI 06 :
ZIARAH MAKKAH - Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah serta Jaaranah.

HARI 07 :
MAKKAH - Aktiviti Bebas

HARI 08  :
ZIARAH HUDAIBIYAH - Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawat ke tempat bersejarah di Hudaibiyah dan Ladang Unta

HARI 09 - 10 :
MAKKAH - Aktiviti bebas




HARI 11 - 12 :
MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR - Selepas sarapan, bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Jemaah akan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada hari berikutnya.
* Tertakluk pada perubahan tanpa notis.

CENDERAMATA DARI AKHIL NETWORK
- Beg sandang
- Kain Ihram/telekong
- Buku panduan umrah/haji
- Ma'thurat
- Tag nama
- Air zam-zam 10 liter
HOTEL MAKKAH: SARAYA AJYAD @ setaraf (200 meter dari Masjidil Haram)
HOTEL MADINAH: DAURAT FAYROZ @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi)
Makluman:
Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza. Perancangan awal boleh berubah mengikut keadaan atau masa.




REBUT TEMPAT ANDA SEKARANG, EXCLUSIVE UNTUK 40 PESERTA SAHAJA!!!
Harga Pakej Bermula = RM5,490.00*

Tempah tempat anda sekarang!
Hubungi:
HAZMAN HAMZAH-017-3012385

HAMZAH SAMSUDIN 019-5698179/ 014-3404085


Setiap pendaftaran perlu disertakan dengan deposit tunai berjumlah RM500.00 @ RM1000.00* untuk tempahan tempat anda.

* Setiap pendaftaran yang disertakan dengan deposit RM1000.00 layak menjadi wakil syarikat. Jika wakil berjaya memperoleh seramai 20 jemaah,  ganjaran satu pakej umrah percuma serta RM1000.00 duit poket akan diberikan.