Tuesday, January 6, 2015

Tetikus Myscan


SHAH ALAM – Heart Base Sdn Bhd (Heart Base) menyasarkan jualan produk barunya, pengimbas tetikus jenama Myscan sebanyak RM3.9 bilion di lapan negara termasuk Malaysia dalam tempoh dua tahun selepas dilancarkan, sebulan lalu.
           Pengarah Urusan Heart Base, Nik Mohd Iskandar Nik Hassan berkata, tetikus itu mempunyai fungsi pengimbas gambar, graf, carta dan teks.
          “Ia bukan saja berfungsi sebagai pengimbas, tetapi objek yang diimbas boleh disalin semula dalam perisian komputer seperti Microsoft Word, JPEG, PNG, Microsoft Excel dan sebagainya.
          “Hasil imbasan teks juga boleh disunting dan diterjemah menerusi Google Translate. Ia seperti tetikus lain yang tidak perlukan pengecas, sebaliknya pengguna hanya perlu 'cucuk' terus ke komputer atau laptop,” katanya.
           Menurutnya, walaupun tetikus itu kecil, ketepatan imbasan adalah jauh lebih baik daripada alat pengimbas lebih besar.
           “Tahap ketepatan imbasannya ialah 99 peratus. Objek yang diimbas juga kelihatan lebih jelas,” katanya.
            Nik Mohd Iskandar berkata, bagi merealisasikan sasaran jualan itu, syarikatnya memerlukan kira-kira 30 hingga 40 pengedar untuk mengedarkan produk berkenaan di pasaran memandangkan Myscan tidak dijual di kedai seperti kebiasaan.
           “Setakat ini, kami ada sembilan pengedar antaranya di Pulau Pinang, Terengganu dan sekitar Lembah Klang.
           “Sekiranya mereka berminat untuk menjadi pengedar, mereka perlu menempah sebanyak 250 unit dengan harga sekitar RM60,000. Bagi yang tidak ada modal yang cukup, syarikat kami juga bekerjasama dengan bank. Pihak bank boleh beri pinjaman modal sehingga RM50,000,” katanya.
            Beliau juga yakin mampu mengembangkan pemasaran produk keluaran syarikat Dacuda AG yang berpangkalan di Zurich, Switzerland itu memandangkan Heart Base merupakan antara lima syarikat di dunia yang dilantik untuk memasarkan Myscan.
            Katanya, sebelum Myscan dilancarkan, syarikat itu menjalankan kajian pemasaran melibatkan pelajar, institusi kewangan, ejen insurans dan golongan eksekutif selama empat bulan.
            “Melalui kajian pemasaran kami, ramai menyambut baik produk ini. Kami yakin permintaan Myscan sangat tinggi sebab di Malaysia saja, kita ada 17.7 juta rakyat Malaysia merupakan pengguna internet dan di lapan negara yang kami tembusi, terdapat 123 juta pengguna.
            “Setakat tiga minggu selepas  jualan tetikus Myscan ini dimulakan, sebanyak 5,000 unit sudah terjual,” tambahnya.



HQ:  No-1-3 Blok Damai,Jln Tago 18,
         Taman Wangsa Aman,52200.KL

2nd: No 4, Wakaf Bazar Rakyat, Masjid Azizian, Batu 10,
        36400 Hutan Melintang, Perak.

1 comment: