Monday, January 5, 2015

Info


PENDAHULUAN

Ibadah Haji dan Umrah adalah merupakan suatu ibadah yang sangat besar dan menjadi rukun kesempurnaan Islamnya seseorang itu. Sungguh pun demikian ramai dikalangan umat islam yang menganggap bahawa ibadah ini boleh ditangguhkan sehingga usia pencen . Pelbagai alasan diberikan antara lain:-

1.Tidak mendapat ingatan,dorongan, motivasi dan galakan dari sesiapa untuk melaksanakan ibadah ini 

2.Banyak tanggungan dan tanggungjawab yang belum diselesaikan. Beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk memikirkannya
3.Tiada kewangan yang mencukupi


Justeru kami, di Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) mengambil peranan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat untuk sama-sama ingat-memperingatkan tentang kepentingan mendahulukan ibadah ini daripada urusan dunia yang lain dalam konsep Silaturrahim, Berjamaah & Khusu’ (SBK).


LATARBELAKANG SYARIKAT
Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) ditubuhkan dibawah Agensi Pelancongan MARLI (Mutawwif Academy Resources Leisure International) khusus untuk menjadi satu platform latihan bagi melahirkan seramai mungkin professional Islam yang berkerjaya sebagai Wakil, Konsultan dan Mutawwif Haji dan Umrah, dalam masa yang sama menjadikan ianya suatu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami. AMTC  diterajui oleh professional Islam yang berwibawa serta berpengalaman lebih darpada 15 tahun dalam bidang pengurusan Umrah dan Haji.


VISI
AMTC menyediakan satu platform latihan untuk melahirkan seramai mungkin dikalangan umat Islam mereka yang bergelar WAKIL, KONSULTAN & MUTAWWIF Umrah & Haji yang professional. Dalam masa yang sama menjadikan ianya satu kerjaya dengan jaminan kerja 100% bersama kami.


MISI
·        Menyediakan platform kerjaya kepada umat Islam.
·        Mengajak umat Islam untuk melaksanakan Ibadah umrah / Haji.
·        Meningkatkan taraf hidup keluarga.
·        Memudahkan jalan untuk menunaikan Umrah / Haji dalam usia muda.
·        Menjadi pengeluar Zakat Pendapatan yang utama.
·        Membantu fakir miskin terutama ahli keluarga yang susah.
·        Menegakkan syiar Islam yang suci dalam konsep Ibadah, Usaha, Silaturahim dan Syiar.


ASAS
1. Al-Quran
Firman Allah dalam Sural Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Bertolong tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”

2. Maksud Hadis
“Sesungguhnya Allah sentiasa member pertolongan kepada hambanya selagi mana hamba itu melindungi dan membantu saudaranya yang lain


MOTTO
”Solusi Menuju Baitullah

1 comment: